Aug 27th, 2007 Posted in Force For Good, Just For Laugh
Cerita ini direka semata-mata untuk tujuan pendidikan.
Ong Ka Ting sedang berada di dalam rancangan “Who Wants To Be A Millionaire” siaran NTV7. Keadaan sangat genting kerana dia telah menjawab soalan 500 ribu Ringgit dan sedang menunggu sama ada jawapannya betul!
Jalalludin Hassan, “Jawapan anda … … … … … SELEPAS INI!”
AhYap di depan TV, “Diu!”
(selepas iklan dan banyak lagi air liur dari Jalalludin Hassan)
Jalalludin Hassan, “… Jawapan anda … … … … … BETUL! Syabas dan anda sekarang mendapati 500,000 ringgit!”
(tepukan penonton)
Jalalludin, “Sekarang ke soalan 1 juta! Adakah anda dapat membawa balik 1 juta hari ini? … (air liur lagi) .. Adakah anda sudah bersiap sedia?”
Ong Ka Ting, “Ya, sila teruskan.”
Jalalludin, “Oh, soalan ini memang senang. Ini soalan politik! Tentu YB dapat menjawabnya dengan cepat!”
Ong Ka Ting pun shock sendiri apabila dia terdengar soalan itu soalan politik! Politik adalah mangkuk nasi beliau. Hadiah 1 juta sudah dekat di tangannya.
Jalalludin, “Di antara berikut, yang manakah ejaan betul bagi Menteri Pendidikan Malaysia? …
A. H-i-s-h-a-m-u-d-i-n,
B. H-i-s-h-a-m-u-d-d-i-n,
C. H-i-s-h-a-m-m-u-d-d-i-n,
D. H-i-s-h-a-r-m-u-d-d-i-n”
B. H-i-s-h-a-m-u-d-d-i-n,
C. H-i-s-h-a-m-m-u-d-d-i-n,
D. H-i-s-h-a-r-m-u-d-d-i-n”
Ong Ka Ting, “Oh! Diu Lor!”
Jalalludin, “Apa tu? D?”
Ong Ka Ting, “Oh bukan, saya ingin mengunakan life line saya yang terakhir - Call-a-Friend.”
Jalalludin, “Siapa YB nak call?”
Ong Ka Ting, “Datuk Seri Abdullah Badawi.”
NTV7 cuba menghubungi Perdana Menteri…
Jalalludin, “Hello, Perdana Menteri? Saya Jalludin Hassan dalam rancangan ‘Who Wants To Be a Millionaire’ dan di sini adalah Datuk Seri Ong Ka Ting. Dia perlukan bantuan anda untuk menjawap soalan 1 juta! Anda ada 30 saat. Mulai sekarang.”
(30, 29, 28 …)
(30, 29, 28 …)
Ong Ka Ting, “Pak Lah! Bagaimana mengeja Hishamuddin?! H-i-s-h-a-m-u-d-i-n, H-i-s-h-a-m-u-d-d-i-n, H-i-s-h-a-m-m-u-d-d-i-n, H-i-s-h-a-r-m-u-d-d-i-n”
Abdullah, “Huh? Apa lu cakap, boleh perlahan sikit?”
Ong Ka Ting, “Lu eja terus bagi saya lah”.
Abdullah, “Ok, aku cuba, H-I-S-H-A … eh ada R tak? H-I-S-H-A-M … hmmm, satu M ke dua M? H-I-S-H-A-M-U-D-D … eh, satu D ke dua D?! …ehhh … ehhh … H-I-S-H-A ….”
Jalalludin, “5, 4, 3, 2, 1 ….”
Ong Ka Ting, “Harlooooo… harlo? Uh.”.
Jalalludin, “YB, apa jawapan yang anda ingin pilih.”
Ong Ka Ting, “Hmmm… Hmmm… Saya mau ambil 500 ribu dan balik. Tak mau teka lah! Susah sangat ni!”
—-TAMAT—-
Tujuan utama saya menulis cerita ini adalah untuk mengajar para pembaca ejaan yang betul bagi Menteri Pendidikan kita. Jika nama Menteri Pendidikan pun tak boleh eja, macam mana boleh kita kata Sistem Pendidikan kita baik?
Jawapan yang betul, adalah … … … … SELEPAS INI!
&*%@$!
&*%@$!
Jawapan yang betul mengikut wikipedia adalah C. H-i-s-h-a-m-m-u-d-d-i-n.
Tak ada ‘r’. Dua ‘m’ dan dua 2 ‘d’.
Tak payah malu jika anda eja salah sebab ada 741 laman web pun eja salah menurut Google.
Tak ada ‘r’. Dua ‘m’ dan dua 2 ‘d’.
Tak payah malu jika anda eja salah sebab ada 741 laman web pun eja salah menurut Google.
Lagipun, dalam wikipedia Hishammuddin, ejaan Hishammuddin (dua ‘m’) digunakan 9 kali dan Hishamuddin (satu ‘m’) digunakan 6 kali.
Google punya spell-check pun tak tepat.
Google punya spell-check pun tak tepat.
Lagipun, laman web Menteri Pendidikan Malaysia pun ada guna ejaan yang salah.
Mana satu yang memang memang betul?
Kita perlu check dia punya IC lor!
No comments:
Post a Comment